Halaman

Rabu, 25 Januari 2017

i'm promise..


alkisah jiwa seorang berjiwa retro dengan koleksi setem dan poskadnya malah bersama seni alatan muzik klasik selama hampir sedekad, pernah meminati anatomi walhal zaman kanak-kanaknya terpukau dengan kuasa superhero kelawar dan labah-labah, namun membesar dengan sukan yang sentiasa menduga degupan jantungnya, seni sastera sentiasa menjadi impiannya ke sebuah era rekronstraktif yang menyokong pembentukkan khalifah, meninggalkan infiniti gb memori di usia remajanya, akhirnya dia sendiri masih mencari dirinya yang sebenar.. 

mungkin ketika remaja lain membentuk identiti mereka dengan pelbagai pengaruh termasuk fungsi sosialisasi mereka, dia sibuk dengan kemahiran generik yang dia sendiri tidak sedar apa yang dia lalui itu sebenarnya membentuk identitinya, tetapi benarkah dia kini hasil kecelaruan sosialisasinya?

dia sendiri tidak pasti, kerana langkah perjalanannya menemukannya jalan yang bercahaya terang yang selama ini dia tidak sedar langkahnya agak bersimpang-siur, dia berjalan dalam mimpi rupanya..