Halaman

Selasa, 17 November 2015

believe to yourself

Assalamualaikum..
Lama yat tidak menulis, rasa sunyi sepi pula.
2015 hampir ke bulan terakhir, namun rasa incomplete.
Nak juga buat entri tahun ni.

Tahun ni yat tak mampu membuat banyak perkara yang sepatutnya yat rasa yat perlu.
Memilih keusahawanan sebagai bidang yang yat minat (terminat mungkin sejak 2011), namun tidak mempunyai rezeki untuk belajar lebih mengenainya dengan teori mahupun praktikal. Last gain knowledge masa kat GEDEP dulu Sept 2014-Dec2014. 

Walhal SAFI Collection telahpun hampir sempurna ditubuhkan. Hanya perlu memurnikan pemilihan produk sahaja perlu di hasilkan. Namun, proses terhenti tanpa sedar. TT
"gap" yang yat sendiri tak mampu nak perjelaskan. 
Mungkin ada hikmahnya..

Alhamdulillah, dengan peluang ini.
Harap yat sendiri mampu membentuk diri agar tabah dan mampu mengeringkan hati.
Serius, hati dah kering tapi tak adalah sampai tak berperikemanusiaan.

Tekad dengan air mata berbaki dek kerana hari graduasi yat yang "secukup rasa" punya perasaan, semoga mampu di pentas graduasi lagi kurang 2 tahun lagi.
InsyaAllah dan lagi pada 3 tahun kemudiannya.

Merancang, insyaAllah jika rezeki yat.
Doakan yat berjaya ya.




Selasa, 26 Ogos 2014

berakhirnya..

assalam..

hari ini dah last day bulan syawal.. 
ohya, kpd muslimat jangan lupa puasa ganti ya.. huhu

masa pasti bergerak..
alhamdulillah, akhirnya grade juga yat cume tunggu convocation day ja..

taktala lembaran sebagai pelajar degree hampir tamat, yat jadi kompius..
sambung belajar or kerja..

tapi yat risau juga jika menganggur sahaja..
so, yat start hantar resume pada pertengahan sem untuk mohon kerja..

dalam masa yang sama, yat survey mana universiti yg ada sport tourism..
cari sana, cari sini..

taktala sibuk mencari dan belajar + menyiapkan mini thesis, yat hadiri interview kerja..
dalam sebulan itu yat dpt tawaran untuk kursus keusahawanan.. 

akhirnya..
di sinilah yat..

suka yat nak share:
Life is like a book. Some chapters are sad, some happy, and some are very exciting. But if you never turn the page, you will never know what the next chapter holds.

may Allah bless all of us.. aamiin


Khamis, 29 Mei 2014

mak tam..

assalam..
just nak share kpd bakal ibu
or ibu yg mempunyai anak kecil..
(yat bajet mak2 lah pulak,huhu)
xkisahlah, walau lom kahwin,
nice info to know jugak..

jaga khalid(gambar di bawah),

mak tam dia yang jadi sinki, tandas,
alat permainan n etc .. hahaha

baby lepas minum susu, jgn kasi meniarap terus..
susu xdigest lagi..
tapi, khalid yg alhamdulillah da
nak masuk 5 bulan,
sangatlah aktif..
siap bergolek2 bagai..

tambahan pula, ada mak tam agaknya,
lagi seronok khalid naik bermain..
tiba2, khalid muntah susu
(ada yang panggil muak susu n jeluak)..
sama ja..

baju nak buat solat..
hmmm..
yat pon google,
patutnya kne tanya ustazah ni..
(geleng2 kepala)
biasalah, nowadays people..

Ni hasil yang yat dapat..
Muntah (termasuk muntah bayi) adalah najis menurut jumhur ulamak. Namun ia dimaafkan jika kadarnya sedikit dan sukar dielakkan. Merujuk kepada soalan; jeluak bayi yang mengenai pakaian ibu dimaafkan selama ia sedikit. Adapun jika telah banyak, ia tidak dimaafkan, maka wajiblah dibasuh pakaian tersebut sebelum mengerjakan solat. Namun jika ibu mengalami kesukaran hendak membasuhnya setiap kali hendak solat (seperti anak terlalu kerap jeluak), dimaafkan kerana kaedah fiqh ada menyebutkan; al-masyaqqah tajlibu at-taysir (keadaan kepayahan mengizinkan untuk mengambil kemudahan).

More info n kredit to:
http://ilmudanulamak.blogspot.com/2012/08/masalah-muntahjeluak-bayi.html




Selasa, 13 Mei 2014

Husnul Khatimah

assalam..

yat nak share
pentingnya matlamat dalam hidup..

hidup tanpa matlamat
umpama berjalan dalam gelap,
tanpa lampu suluh..
pasti sukar untuk sampai ke destinasi..

jadi, hidup yang seketika cuma ini haruslah 
bermatlamat..

opkos, kebahagiaan..
tapi kebahagiaan yang bagaimana?

orang kata hidup kena happy sentiasa..

"sentiasa" bermaksud apa?
di dunia sahaja?
bukan sentiasa la tu..
tapi seketika..

jadi happy sentiasa bagaimana?
kebahagiaan mencari redha-Nya yang di akhiri dengan husnul khatimah..
mencari bekalan dunia yang menjadi bekalan di sana,akhirat..
jadinya, bahagia di dunia dan di akhirat..


"Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan islam,
Akhirilah hidup kami dengan membawa iman,
Akhirilah hidup kami dengan Husnul Khatimah."



aamiin..



Khamis, 24 April 2014

xsedar dalam sedar..

assalam..
xtaulah kenapa, mcm addict, sem akhir, insyaAllah.. tapi asyik menaip..
bkn sahaja esemen, tapi menyambung hobi dolu2 juga..
menulis karya.. blog pon nk update belaka..

tapi, mungkin motivasi internal n external juga membantu..

nampak x serabut peruknya meja yat..
ada gaya macam meja auditor x?
serabut, tapi terasa motivated.. huhu

ohya, dalam busy jugaklah menghadam journal2 ntok research, tapppiii sempat..

yat beli 3 buku.. huhu

buku tengah tu, Rahsia Aurat Sempurna by Fathullah Al-Haq, dari tahun lepas cari..
hampir setahun, setelah lebih 10 kedai pi cari, akhirnya jumpa juga..
tips motivasi haji tu, mmg beli coz nak belajar n amik feel..
sbb mmg nak g awal if ada rezeki..
dpt buat umrah dulu pon dah alhamdulillah..
doakan yat ye dpt g awal.. aamiin.

buku Dr. Yusuf Al-Qaradhawi tu pula, mmg subhanallah xtau nk describe..
ayatnya yg yat ingat: "hiburan adalah ubat kpd penyakit letih" 
tapi ayatnya lagi "hiburan itu diharuskan dengan syarat ia tidak berlebihan,"
huhu, haruslahkan.. melalaikan pong bahaya juga.. 

ohoiiii, panjang pula citernya..
dalam sedar, xsedar pula masa berlalu pantas..
ayuh, sambung wat esemen semula..
assalamualaikum..



Jumaat, 4 April 2014

Luqman: Terpana seketika..

Assalam..

Bila..
Baca..



Fahami ayat dengan melihat tafsir.. TT
Jika taddabur.. 
Mahu bengkak mata..

Maksud ayat:
Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu, dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah.
(Luqman 31:33)

Sungguh sangat terasa..
Ya Allah jadikan aku anak yg solehah serta insan yang berada dalam rahmat dan redha-Mu..
Moga Allah mempermudahkan urusan ibu dan ayah kita di dunia n di akhirat.. Aamiin..


Jumaat, 28 Februari 2014

lastly..

assalam..
sekejap ja masa berlalu..
ari ni last day praktikal..
rabu lepas madam da dtg jengok..

buku log ari ni last day update..
last day dpt wifi laju.. huhu..
last day kat wangsa maju..
last day naik rapid kl, esok2 jumpe panorama ja..

ohya, tringat first time tgok bas rapid kl kat melaka..
fuyooo, mmg pelik..
tgok nama bas, panorama!
haha, xley tahan nk gelak..
xtau nape..
kot2 ley cari U25 xpon T302..
tpi mmg xdelah..

isnin nim da start kuliah..
moga Allah mmpermudahkan urusan di dunia n di akhirat..
aamiin.
fighty for new sem aka last sem!
man jadda wajada!
rabbi yaasir wala tu 'assir, rabbi tammim bil khoir..

totoro