Halaman

Ahad, 30 Disember 2012

kekhilafan..

Assalam.. Hari ini dalam sibuk study week, yat nak kongsi sedikit ilmu yang mungkin biasa didengar..

Khilaf 

Bahasa Arab: انخلاف‎ bererti keliru atau salah.

Dalam Islam, "khilaf" biasanya membawa erti pertentangan atau berlawanan.

Manakala istilah yang lebih khusus "ikhtilaf" membawa maksud tidak sependapat atas sesuatu perkara.

source:http://ms.wikipedia.org/wiki/Khilaf

Bahasa Asal :Arab

Bersinonim dengan salah, keliru,silap

source:http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=khilaf

Yat ingat lagi masa awal study week ari tu.. Yat setat cuti ari jumaat, sebab mmg last kelas yat sem 3 ni ari khamis.. So yat pulang ke BP pada hari jumaat..

Hari jumaat mestilah waktu solat jumaat bagi kaum adam kan..

Yat bergerak ke Batu Pahat dalam pukul 2.30pm dari Bandaraya Melaka bumi tarbiyah ini. Waktu yang sama yat tersaing dengan kaum adam yang yat rasa seusia dengan ayah yat pulang dari Masjid Al-Azim..

Tindakan pak cik itu ada benarnya.. Speed 80km/j.. Sama la kot ngan pak cik tu.. Tiba-tiba.. Bukan disengajakan.. Yat terpandang sesuatu yang buat yat berfikir byk kali.. Pak cik tu ikat baju dia???!! Bukan la ikat guna tali rapia ke ape ke, tapi ikat ala2 retis dapat t-shirt beso, ikat sikit kat hujung baju..

Mula-mula yat fikir awat pak cik tu pakai baju melayu pattern pelik semacam jer, fikir punya fikir, lalu la mat rempit, teeeetttt, xperlulah yat nak mention knape ngan baju dy org klo dengan klajuan 80km/j ++, mcm lgsir kne tiup angin la kan.. Fuh, bijak benar pak cik tu.. Idea yg mnarik untuk kaum adam menjaga auratnyer..

Ntahlah adakalanya kita khilaf n kurang cakna dalam menjaga aurat, cer baca Qalam Allah..

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاس وَالْحِجَارَةُ

(Surah At-Tahrim: Ayat 6)

Mahfumnya:
"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala)..."

Menutup aurat merupakan suatu kewajipan kita sebagaimana yang difardhukan yang sudah pun diketahui umum oleh semua umat Islam sama ada LELAKI mahu pun WANITA. Tuntutan menutup aurat itu sabit berdasarkan nas dan dalil-dalil daripada Al-Qur'an, Hadits dan kesepakatan para ulama (Ijma'). Aurat bagi lelaki ialah antara pusat hingga ke lutut, manakala aurat wanita ialah seluruh tubuh badan kecuali kedua-dua tapak tangan dan muka.

source:http://mukimsrimenanti.blogspot.com/2011/04/marilah-fahami-sebenar-benarnya-maksud.html

Apa-apa pong jagalah aurat kamu semampu yg bleh mengikut syariat Islam.. moga yat juga mampu berjuang dalam menutup aurat dengan sempurna.. may Allah bless all of us.. aamiin..  :)







Tiada ulasan:

Catat Ulasan