Halaman

Rabu, 26 Disember 2012

kematian itu tak mengenal usia..

assalam..
entah kenapa, yat benar2 ingin menulis mengenai tajuk ni.. mungkin 6 bulan kebelakangan ini yat menghadapi peristiwa sedih ini dari kawan, bapa saudara, atok saudara, dan ramai lagi..

mungkin baru raya tahun lepas kita berjumpa, raya tahun ni dia da xde..
mungkin baru bulan lepas dia nasihatkan jaga diri n belajar rerajin, awal bulan ari tu dia da xde..
mungkin baru minggu lepas kita beriadah bersama, akhir minggu lepas dia da xde..
mungkin baru semalam kita berbual mengenai rancangan cuti sem nanti, ari ni dia da xde..
mungkin baru subuh tadi kita berjemaah bersama, sejam lepas dia da xde..

kematian itu memang xmengenali pangkat, usia, nama, jantina..
andai tiba masanya, tinggallah dunia, tinggallah segalanya..

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)

moga mereka berada dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.. aamiin..

Al-Fatihah  الفاتحة..
1 Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
2 Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
3 Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
4 Yang menguasai di Hari Pembalasan مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
5 Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan. إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
6 Tunjukilah kami jalan yang lurus, اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
7 (yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ






Tiada ulasan:

Catat Ulasan